Ahad, 16 Mei 2010

Belajar Last Minute

This is for those yang akan menduduki exam tak lama lagi (ada yang request saya bagi TIPS study di saat2 akhir). So, mana2 yang anda rasa sesuai dan OK dengan your learning style, silakanlah cuba, ya!


1- Pastikan ada nota2 pendek, ringkas, padat dengan KEYWORDS (kata kunci). last2 minute ni, nota panjang2 buat pening saja. Sebab tu kalau anda jenis yang suka study last minute, baca nota2 pendek dan personal yang anda sendiri sediakan.
2- Bila baca nota di saat akhir, jangan hafal saja. FIKIR dan BAYANGKAN apa yang anda baca. Lagi baik kalau anda kreatif, kaitkan apa yang anda fahami dengan perkara2 seharian baik yang lucu, sedih dan sebagainya.
3- Jawab soalan2 exam semester2 lepas atau tahun2 lepas. Mesti akan nampak banyak soalan2 yang berulang. Dah jawab, jangan pula tak check jawapan anda tu. Macam mana mau tahu jawapan tu betul ka tidak kalau tak check. Gunakan bahan rujukan, buku teks mahu pun nota untuk check jawapan2 tu.
4- Pastikan CUKUP TIDUR. Tidur penting untuk membantu badan kita baikpulih apa2 kerosakan sel dan sakit yang kita alami. Kalau tidak cukup tidur, alamak dik, otak pun jadi lembap la nak proses info dan ilmu.
5- Minum air secukupnya, minimum 8 gelas sehari. Kalau tidak cukup, nanti badan dan otak jadi lesu, kena time2 exam, memang malang laaaa... study berjam2, tapi tak berapa masuk, rugi2..
6- Selalunya, guru2 atau pensyarah2 selalu bagi tips akhir atau bahagian mana yang patut diberi penekanan.. IKUTLAH kata guru atau pensyarah tu..
7- Usaha sudah.. DOA? TAWAKAL?.. Mesti ada, mesti ada, sebab kita merancang, Tuhan juga yang menentukan.
8- GROUP STUDY! Ni kalau mau jimat masa la. Buat perbincangan dalam kumpulan yang kecil. Buat juga pembahagian tugas setiap orang bincang tentang apa dan yang lain bagi tambahan input, masing2 ada giliran. Jangan melalut ke perkara lain sudah laaaa... tapi kalau melalut ada kaitan dan bertujuan supaya tidak terlalu stress, OK baaaa kalau kau.. hehehe
9- Learning should be FUN and INTERESTING! So, carilah cara yang boleh membuatkan apa yang anda pelajari tu amat seronok, dua ronok dan beronok ronok lah, hehehehe... what I mean is, you should like and be interested in what you are learning.
10- Bagi yang beragama Islam, buatlah solat istikharah. Minta pada Allah bagi laaaaa pembayang apa soalan2 yang bakal keluar hehehe.. Eh, tapi betul ni. Saya sudah pernah lakukan. Allah akan tunjukkan pada kita sama ada melalui mimpi atau gerak hati kita. Kalau melalui gerak hati, kita akan didorong untuk fokus pada sesuatu topik atau bahagian. Ini pengalaman saya sendiri laaa..
11- Mmmmm... apa lagi ya.. well, sudah penat study, otak bagi rehat juga laaaa.. Buatlah riadah ka, bersiar2 ka, apa2 yang bagus untuk kesihatan minda, jasmani, rohani dan hati kita.
12- Makan makanan mencerdaskan otak macam kismis ka, kurma ka, madu ka, AFTL xtragenius ka, jus tokguru ka, jus kurma madu ka.. Banyak produk yang seumpamanya di pasaran, tapi sebelum beli, baca penerangan dulu dan dapatkan info dari penjual. Jangan pakai bantaaaaiii saja, ya!

Mungkin ada lagi tips2 lain, tapi yang ini antara yang boleh dilakukan dalam aktiviti study, tak kisah la last minute ka, awal minute ka, tengah2 minute ka.. :-) Kalau betul2 mau dapatkan result yang baik dalam exam, CINTAILAH ILMU. Hehehe... Banyaaaaaaak kebaikannya ;-D

(Picture: Success 1 - Background pic, saya ucapkan TQ very much pada Wai :-D)

Tiada ulasan:

Ingin dapatkan supplement Shaklee yang sesuai untuk keluarga anda?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Eim Ag untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Eim Ag
Shaklee ID : 1167951
013-8833739 (SMS, Call, Whatsapp)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...