Ahad, 25 Januari 2009

Rekaan Pada Air (Design In Water)

oleh: HARUN YAHYA

Sebahagian besar planet kita adalah dilitupi oleh air. Tiga perempat daripada permukaan bumi ini adalah lautan dan laut sementara di daratan pula terdapat banyak sungai dan tasik. Salji dan ais yang terdapat di puncak-puncak gunung yang tinggi adalah air dalam bentuk yang beku. Sebahagian besar juga terdapat di langit: setiap awan mengandungi beribu-ribu – kadang-kala berjuta-juta – tan air dalam bentuk wap. Dari semasa ke semasa, sebahagian dari wap air ini menjadi titisan-titisan air dan jatuh ke bumi: dalam erti kata lain, ia menjadi hujan. Malah, udara yang anda bernafas sekarang juga mengandungi sejumlah wap air.

Pendeknya, ke mana sahaja anda halakan pandangan anda, pasti akan anda lihat air di mana-mana. Tempat di mana anda sedang duduk sekarang mungkin mengandungi sekitar empat puluh hingga lima puluh liter air. Lihatlah sekeliling anda. Anda tak dapat melihatnya? Lihatlah lagi, dengan lebih teliti, kali ini alihkan pandangan anda dari tulisan ini dan lihat tangan, lengan, kaki dan tubuh anda. Jisim 40-50 liter air tersebut adalah anda!

Ianya adalah anda kerana 70% dari jisim tubuh manusia adalah air. Sel-sel tubuh anda mengandungi banya benda tetapi tidak sebanyak atau tidak sepenting air. Bahagian terbesar daripada darah yang mengalir dalam tubuh anda sudah semestinyalah air. Hakikat ini adalah benar bukan sahaja bagi anda atau orang lain tetapi: sebahagian besar daripada tubuh semua benda hidup adalah air. Tanpa air, kehidupan adalah mustahil.

Air adalah satu bahan yang direka khas supaya ianya menjadi asas kepada kehidupan. Setiap satu daripada ciri-ciri fizikal dan kimianya adalah dicipta khas untuk kehidupan.


Cecair-cecair lain membeku dari bawah ke atas; air membeku dari atas ke bawah. Ini merupakan salah satu ciri air yang amat luarbiasa dan ianya amat penting bagi kewujudan air di muka bumi. Jika bukan kerana ciri ini, iaitu jika ais tidak terapung, sebahagian besar air planet ini akan menjadi ais dan kehidupan akan menjadi mustahil di laut, tasik, kolam dan sungai.

Mari kita teliti hal ini. Terdapat banyak tempat di dunia ini di mana suhu jatuh di bawah 0°C ketika musim sejuk, kadang-kala lebih rendah lagi. Keadaan sejuk ini sudah pastinya mempengaruhi air di laut, tasik dan sebagainya. Jumlah air yang besar ini menjadi sejuk dan bertambah sejuk dan sebahagiannya mula membeku. Jika ais tidak bersifat seperti yang sepatutnya (maknanya jika ia tidak timbul) ais ini akan tenggelam ke dasar sementara yang hangat akan naik ke permukaan dan terdedah kepada udara. Tetapi suhu udara tersebut masih lagi di bawah takat beku dan dengan itu ianya akan membeku juga dan tenggelam ke bawah. Proses ini akan berterusan sehingga tiada air dalam bentuk cecair yang tinggal. Tetapi ini bukan apa yang terjadi.


Apa yang berlaku adalah seperti berikut: Apabila keadaan menjadi semakin sejuk, air menjadi lebih berat sehingga suhu mencapai 4°C di mana segala-galanya berubah. Selepas ini air tersebut mula mengembang dan ia menjadi lebih ringan ketika suhu semakin jatuh. Disebabkan ini, air yang suhunya 4°C tetap berada di bawah, yang mempunyai suhu 3°C berada di atasnya diikuti oleh air yang mempunyai suhu 2°C dan seterusnya. Hanya di permukaan sahaja suhu air benar-benar mencapai 0°C dan ia membeku pada tahap ini. Tetapi hanya air di permukaan sahaja yang beku: lapisan air yang mempunyai suhu 4°C di bawah ais tadi tetap dalam keadaan cecair dan ianya sudah cukup untuk makhluk-makhluk dan tumbuh-tumbuhan air meneruskan kehidupan.

Kita harus perhatikan di sini bahawa satu lagi ciri air – konduktiviti suhu yang rendah bagi ais dan salji – adalah juga sangat penting dalam proses ini. Ini kerana kedua-duanya merupakan konduktor haba yang lemah, lapisan-lapisan ais dan salji memelihara suhu air di bawah dari terlepas ke atmosfera.


Hasilnya, walaupun suhu udara jatuh sehingga -50°C, lapisan ais laut tidak akan mencapai lebih dari satu atau dua meter tebal dan akan terdapat banyak rekahan padanya. Makhluk-makhluk seperti anjing laut dan penguin yang hidup di kawasan kutub dengan ini dapat menyelam di bawah ais tersebut.

Mari kita imbas kembali apa yang akan berlaku jika air tidak bersifat seperti yang sepatutnya dan sebaliknya bertindak ‘normal’. Anggaplah air akan terus menjadi semakin tumpat apabila suhunya semakin jatuh seperti cecair-cecair yang lain, dan ais pun tenggelam ke bawah. Apakah yang berlaku seterusnya?


Dalam hal ini, proses pembekuan di lautan dan laut akan bermula dari bawah and berterusan ke permukaan kerana tidak akan ada lapisan ais di permukaan untuk menghalang haba yang masih tinggal daripada terlepas ke udara. Dengan kata lain, kebanyakan tasik, laut dan lautan di bumi akan menjadi ais beku dengan satu lapisan air di atasnya yang tebalnya mungkin beberapa meter. Walaupun suhu udara meningkat, ais yang terdapat di dasar tidak akan cair sepenuhnya. Di dalam laut dunia yang sedemikian rupa, tiada hidupan yang dapat wujud dan dalam sistem ekologi laut yang mati, kehidupan di darat juga adalah mustahil. Dengam kata lain, jika air tidak “melanggar sifat” dan bertindak normal, planet ini akan menjadi dunia yang mati.

Kenapakah air tidak bertindak secara normal? Mengapakah ia tiba-tiba mengembang pada suhu 4°C setelah ia semakin mengecut sebelumnya?
Inilah persoalan yang belum dapat dijawab oleh sesiapa pun.


Air adalah benar-benar sesuai untuk kehidupan hinggakan ia tidak dapat dibandingkan dengan cecair lain. Sebahagian besar planet ini, sebuah dunia yang mana sifat-sifat lainnya (suhu, cahaya, spektrum elektromagnet, atmosfera, permukaan dan sebagainya) sesuai untuk kehidupan, dipenuhi oleh jumlah air yang benar-benar tepat yang mana perlu untuk kehidupan. Adalah nyata bahawa ini bukanlah satu kebetulan dan sebaliknya mesti terdapat rekaan yang disengajakan.

Maknanya, semua sifat fizikal dan kimia air menunjukkan kepada kita bahawa ianya dicipta khas untuk kehidupan. Bumi ini, yang mana dicipta bertujuan untuk manusia bertempat tinggal, menjadi hidup dengan air yang dicipta khusus untuk membentuk asas bagi kehidupan manusia. Pada air, Tuhan telah memberikan kita kehidupan dan dengannya Dia menyebabkan makanan yang memberikan khasiat kepada kita untuk tumbuh dari tanah.

Tetapi aspek yang paling penting sekali di sini adalah kebenaran ini, yang mana telah ditemui oleh sains moden, telah diwahyukan di dalam Qur’an, dianugerahkan kepada manusia empat belas abad yang lampau. Berkenaan air dan manusia, firman Allah telah diwahyukan di dalam Qur’an seperti berikut:

Dialah yang menurunkan air hujan dari langit. Daripadanya kamu minum dan daripadanya muncul tumbuh-tumbuhan yang mana kamu beri makan ternakan-ternakan kamu. Dan dengannya Dia menjadikan tanam-tanaman tumbuh untuk kamu da zaitun dan kurma dan anggur dan buah yang bermacam jenis. Pada semua ini terdapat tanda bagi orang-orang yang berfikir. (Surah an-Nahl: 10-11)

Dipetik dari laman web: http://www.harunyahya.com/
Diterjemahkan ke Bahasa Melayu oleh: Naimah Abdul Ghani

Perkara Tragis & Haru Sebagai Guru..

"Kalau sampai macam tu la stress nya jadi guru, eh takutnya saya!"

Itulah yang diluahkan oleh seorang kawan apabila melihat nasib seorang insan yang "hilang akal" dalam satu kejadian yang saya tidak mahu terangkan di sini bagi menjaga nama baik & maruah diri orang lain.

Pada hari yang "bersejarah" itu, insan tersebut telah tampil berkelakuan "agak kurang siuman" menyebabkan kekecohan dan keadaan haru-biru. Tapi ramai yang percaya, "tragedi" itu disebabkan tekanan yang sudah "over" dengan tugas2 yang banyak. Tapi hakikatnya, kita semua hanya boleh meneka dan terus meneka. Mungkin tekaan kita benar, mungkin juga kurang tepat.

Mungkin ada benarnya, beban tugas luar & dalam menyebabkan dirinya umpama spring, menunggu masa untuk melantunkan semua yang ditanggungnya, wallahu 'alam. Apa2 pun, pengajaran yang saya simpulkan buat diri sendiri: bekerja jangan sampai stress (huhu... sendiri sudah pernah kena high-blood pressure daaaa...). Ikhlaskan diri bekerja sebagai ibadah kepada Allah. Selain tu, tetapkan matlamat dan pecah2kan menjadi sasaran2 yang kecil & dibahagi2kan kepada ajk-ajk yang ada supaya sama2 mencapai kejayaan. :-)

Ya Allah, bimbinglah daku..

Jumaat, 9 Januari 2009

Pelajaran Yang Amat Berguna

Dalam kesibukan menjalankan tugas, pelajaran yang amat berguna bagi kita agar segala kerja menjadi lancar & mudah adalah adalah TIDAK BERTANGGUH kerja. Bertangguh kerja memang menyusahkan diri sendiri. Apabila sudah tertangguh terlalu banyak kerja, maka diri sendiri menjadi tertekan (stress).

Tahun ini, kita cuba buangkan sikap bertangguh kerja ini, kita naikkan semangat kita untuk bekerja dengan lebih cemerlang bukan kerana hendak mendapat nama, tetapi kerana Allah suka kita membuat kerja dengan bersungguh2. Selain itu, kita mendapat satu kepuasan kerana berjaya melaksanakan sesuatu pekerjaan dengan jayanya. Kita rasa gembira, wajah pun jadi ceria. Bekerja pun akan jadi bertambah bersemangat.

Khamis, 1 Januari 2009

Not Bad..


Sepanjang setahun jadi ahli Prepaid4u dan mymode, komen saya tentang pencapaian saya dalam mymode adalah saya seorang yang lembap dalam hal promo2 ni. Namun, setiap minggu dan bulan, tetap ada juga bonus yang masuk. Pangkat pun dah CM dan dalam Junior CM Club. No wonder la bonus ada meningkat.
Kalau nak tengok lebih jelas, klik gambar kat atas ni.
Ada juga ketikanya saya dapat bonus sikit saja, sebab sangat sibuk masa tu. Prepaid4u membantu saya mendapatkan downlines walaupun mengambil masa sikit. But that is better than not getting any at all, kan.
Sesiapa yang berminat nak dapatkan bonus dengan cara mengguna dan/atau menjual reload dan mempromosikan keahlian Prepaid4u & Mymode, lawati laman web saya:
Jom join Prepaid4u & Mymode!



Tahun Baru Dengan Azam Baru???

Tahun baru tidak semestinya disambut meriah di serata dunia. Terdapat peperangan, rusuhan dan tragedi yang berlaku menjelang tahun baru yang mana masih berlangsung hingga kini.

Manusia memang tidak sunyi dari membuat kerosakan di muka bumi ini. Pertumpahan darah dan kemusnahan yang dilakukan memakan diri manusia itu sendiri bukan sahaja dalam skala individu tetapi juga dalam skala yang lebih besar lagi. Kematian dalam jumlah ribuan, kemusnahan yang berjumlah berbilion ringgit.. Disusuli pula oleh bencana alam yang menimpa manusia dan persekitaran, yang mana juga berpunca dari sikap dan perbuatan manusia itu sendiri. Contohnya sikap membuang sampah merata-rata dan tidak bertanggungjawab, kerosakan akhlak yang melahirkan generasi-generasi yang lebih teruk moral dan akhlaknya, dan pembaziran yang dilakukan terhadap tenaga, air, makanan, wang dan sebagainya. Semua ini bukan sahaja merugikan manusia itu sendiri malah turut memusnahkan bumi yang menjadi satu2nya rumah tempat manusia bertempat tinggal.

Ini antara kedunguan kita: memusnahkan satu2nya rumah yang ada untuk kita meneruskan kelangsungan hidup.

Apakah azam baru kita, merangkumi menjadikan sikap dan kelakuan kita menjadi semakin baik dari sehari ke sehari? Saya tanyakan soalan ini kepada anda dan juga kepada diri saya sendiri.
Ingin dapatkan supplement Shaklee yang sesuai untuk keluarga anda?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Eim Ag untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Eim Ag
Shaklee ID : 1167951
013-8833739 (SMS, Call, Whatsapp)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...