Jumaat, 13 Februari 2009

Kerja Oh Kerja..

Hmmmm.... Berasap jugalah kepala banyak kerja ni. Apa yang dapat dibuat setiap hari, eloklah jangan bertangguh. Kalau tangguh lagi, it will turn into a never-ending work piling up and going beyond the ceiling, haha...Hendak 'mencemerlangkan' organisasi memang bukan kerja mudah. It takes not just hard work, but also commitment, strong self-discipline - bab disiplin diri memang bukan perkara mudah. Ada saja perkara yang menarik hati dan menyebabkan diri jadi kurang ATAU tidak berdisiplin.

Jadi cikgu ni, sama ada mahu atau tidak, haruslah berusaha menunjukkan wibawa yang utuh kepada anak murid.Walaupun hakikatnya guru ini manusia, dan manusia pula tidak pernah lepas dari salah silap dan dosa, tetapi guru adalah 'special' di mata umum - guru perlu jadi insan sempurna. Tapi, waduh! mana ada manusia yang sempurna!

Selain mengajar, ada kerja2 lain lagi yang perlu guru lakukan. Aktiviti ko-kum memanglah salah satunya. Esok, adaaktiviti ko-kum + keceriaan kelas & sekolah. Ko-kum ni, bukan di peringkat sekolah saja tau, sampai ke peringkat negeri, dan kadang2 ada yang sampai ke kebangsaan.

Guru2 sekarang memang banyak terlibat soal mngurus & mentadbir sekolah - dokumentasi, program pembangunan murid, asrama, sekolah & macam2 lagi. Kalau hendak diturutkan semua, memang tidak larat hendak melakukan semua kerjasekali. But then, all the work CAN'T BE DONE ALL AT THE SAME TIME, RIGHT?

Kenalah membahagi2kan waktu yang sesuai untuk melakukan & menyiapkan kerja2 yang perlu dilaksanakan, sama ada atas kehendak sendiri mahu pun atas arahan pihak atasan.

Tidak bersyukur? Jangan silap. Ini bukan protes. Ini cuma sedikit penerangan tentang kehidupan guru di sekolah. Mungkin tidak semua guru berkeadaan begini, tapi saya yakin ramai yang mempunyai pengalaman yang hampir serupa dengan apa yang saya beritahu tadi.

Semestinya kita wajib bersyukur atas rezeki yang Tuhan beri pada kita. On the other hand, there is nothing wrong if one would like to rest for a while, in order to regain the energy & power needed to pursuit excellence in whatever task the person is undertaking.

2 ulasan:

Eddie BumiCyber berkata...

memang tak habis-habis bab kerja ni. sebab tu bagi mereka yang betul-betul faham the power of leverage dan pandai menggunakannya, supaya kita boleh bekerja dengan cara yang sama, tetapi hasil yang 100 kali lebih besar. atau dengan hasil yang sama, tetapi dengan effort yang 100 kali lebih releks.

anyway.. happy working cikgu~!

Kabus dan Mega berkata...

betul tu, saya setuju.. hehe

Ingin dapatkan supplement Shaklee yang sesuai untuk keluarga anda?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Eim Ag untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Eim Ag
Shaklee ID : 1167951
013-8833739 (SMS, Call, Whatsapp)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...