19 Safar 1430H/ 15.02.2009
Dua hari lepas, merupakan tarikh lahir one of my best friend di Sabah. 13 Februari memang tarikh yang tidak dapat saya lupakan bukan sahaja kerana ianya tarikh lahir bestfriend, tetapi juga kerana arwah adik perempuan saya, Marlini, meninggal pada tarikh tersebut, dalam tahun 1987. Sudah 22tahun arwah meninggal dunia, tapi wajahnya masih kekal terbanyang di ingatan. Dialah satu2nya adik kandung perempuan yang saya ada.Pemergian arwah kami sekeluarga terima dengan redha. Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui segala rahsia & hikmah di sebalik
setiap perkara & peristiwa yang berlaku. Lagi pun, mati itu adalah suatu kemestian kepada setiap makhluk yang diciptaNya. CUma masa sahaja lagi yang kita tidak tahu, bilakah ajal kita menjelma.
Apa2 pun, bukan hendak mengenang kesedihan lama, sekadar terkenang tiba2 :-) Kelmarin, selesai juga pertandingan Bola Jaring peringkat MSSWPL. Tahun ni, sekolah saya naib johan sahaja. Tapi, saya puji kesungguhan mereka bermain dengan bersungguh2. Catatan skor kelmarin: 22-19. Kami kalah 3 mata. Mungkin ada rasa kecewa di hati pasukan kami, namun saya yakin ramai yang berpuas hati dapat bermain dengan penuh semangat & kesungguhan.
Saya pula telah mempelajari beberapa perkara sepanjang pertandingan ini. Saya suka tengok murid2 sekolah rendah yang rajin menolong guru2 mereka menyiapkan venue pertandingan & astaka untuk acara penyampaian hadiah. Rajin sungguh mereka. Sepanjang memerhatikan mereka bekerja, saya tersenyum & hati pun rasa macam berbunga2, hehehe..
Mengadil sesuatu perlawanan bukanlah perkara mudah. Pemain, jurulatih, penyokong & penonton kadang-kala tidak mengerti betapa susahnya menjatuhkan sesuatu hukuman kepada mana2 pemain yang melakukan kesilapan semasa perlawanan.Ada yang BOOO pengadil, ada yang bagi komen semasa pengadil sedang mengadil dan berada betul2 di hadapan "bench" tempat mereka duduk, yang tidak puas hati kerana pengadil meniup wisel atas kesalahan yang
pengadil nampak, tapi mereka tidak nampak, entahlah. Saya malas hendak memanjangkan sesuatu "kesulitan".
Mungkin, sebelum kita membenci, membuat komen negatif/ berprasangka buruk & sebagainya, sebagai seorang pengadil atau jurulatih atau AJK pertandingan kita harus ingat bahawa sebelum kita mendapat gelaran2 & tanggungjawab2 tersebut kita adalah guru. Dan murid2 pula, sebelum menjadi pemain, sama ada pemain hebat atau tidak, adalah merupakan murid kepada guru2. Adab menuntut ilmu & mengharapkan ilmu tersebut "halal" (berkekalan & bermanfaat), adalah dengan menghormati guru. Kenapa mesti murid2 BOOO guru2 yang telah pernah mendidik & membimbing mereka sehingga akhirnya mampu menjadi pemain yang baik?
Sebagai guru pula, memanglah kita banyak kerja. Tapi CORE BUSINESS kita adalah mendidik & membimbing murid2 kita menjadi insan yang sempurna akhlak & sahsiahnya, bukan sahaja menjadi pemain yang berkaliber, tetapi yang dihormati & disegani kerana dalam kehebatan sebagai pemain yang unggul, mereka juga berbudi bahasa, berdisiplin dan sentiasa menghormati orang lain. Lebih2 lagilah jika orang tersebut adalah ibubapa & guru mereka sendiri.
Pengakhiran hidup kita adalah di akhirat. Jadilah pemain yang unggul DAN pada masa yang sama DIREDHAI Tuhan. Jadilah insan yang unggul, sama ada kita ini murid mahu pun guru... (saya nasihatkan diri saya juga ni). Nak dapatkan REDHA Allah? Jagalah hak2Nya, hak2 ibubapa, hak2 guru, hak2 terhadap diri sendiri, orang lain & juga persekitaran. Apa yang menyedihkan juga, kenapalah sampah ditinggalkan oleh murid2 sedangkan sampah tersebut boleh dikumpulkan dalam plastik atau kotak yang digunakan oleh pasukan masing2 untuk "menapau" makanan..
Akhir sekali, kalaulah saya telah menyakiti hati sesiapa pun sepanjang pertandingan tersebut, sesungguhnya itu kelemahan saya. Saya mohon maaf. Saya juga berharap agar pada masa akan datang, sebagai insan, kita cepat2 ingat balik bahawa kita ini manusia biasa, tidak pernah tidak melakukan salah silap & dosa. Maka, tegurlah kesalahan sesama kita dengan cara yang hikmah & baik, agar tidak menjatuhkan air muka & tidak pula dipandang rendah oleh anak2 didik kita. Jangan kita pula yang tambah menaikkan emosi anak2 didik ini sehinggan ANTI dengan
kita, sebab mereka adalah anak2 didik kita semua. Jatuh bangun mereka, sedikit sebanyak memang ada kait-mengait dengan didikan kita.
Salam perdamaian buat semua tanpa mengira agama, bangsa & negara...
Melihat kabus pagi dan mega yang menjulang tinggi mengingatkan ku kepada keagungan Pencipta ku. Segala urusan hidupku, aku bersyukur kerana Engkau selalu permudahkan. Terima Kasih Tuhan. Sememangnya ucapan terima kasih ini tidak memadai, namun menyedari begitu banyaknya kelemahan ku, Kau tetap mengurniakan aku dengan bermacam-macam kurnia dan hikmah, aku bersyukur kepada Mu, Tuhan Pencipta dan Penguasa seluruh alam.
Ahad, 15 Februari 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Ingin dapatkan supplement Shaklee yang sesuai untuk keluarga anda?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Eim Ag untuk:-
FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Eim Ag
Shaklee ID : 1167951
013-8833739 (SMS, Call, Whatsapp)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan