Saya rasa terpanggil untuk melayari internet malam ni.. walhal mata sepatutnya sudah pejam. Bila buka FB, oh, rupanya ada "a-call-for-help". Hmmm.. Ada beberapa orang kawan yang mengalami masalah motivasi dan semangat yang luntur kerana masalah2 masing2..
Jadi, saya tujukan tulisan ini khas buat siapa2 jua yang memerlukan motivasi dan mahu menaikkan semangat diri. Saya bukanlah seorang pakar motivasi, penceramah hebat mahu pun penulis terulung dalam bidang menaikkan semangat orang, tapi tiada salahnya kita memberikan walau sedikit kata2 semangat yang mungkin boleh menaikkan semula motivasi diri orang lain, kan.
Cuba lihat gunung kinabalu tu.. kalau kita duduk memandangnya selepas subuh, memang akan terasa suatu perasaan tenteram dan asyik akan gunung, kan. Ramai juga orang yang menjadikannya sebagai sumber inspirasi dalam hidup. Betapa tinggi gunung kinabalu ni, wahai kawan2. Perasaan melihatnya dari tempat2 yang berbeza adalah tidak sama. Apatah lagi bagi orang2 yang pernah mendaki gunung ini, berada di puncak adalah jauh lebih hebat dari melihatnya dari jauh atau dari kaki gunung tu.
Hanya orang2 yang pernah mendakinya sahaja yang tahu perasaan hebatnya berasa di puncak sana. Sepanjang pendakian, sudah pasti ada bermacam dugaan. Untuk mendaki gunung kinabalu, tubuh badan harus fit, perlu siap dengan kelengkapan mendaki, latihan yang mantap dan mental yang kuat. Sebenarnya, kekuatan mental lah yang memacu diri supaya terus mendaki walaupun dalam keadaan yang letih, cuaca yang sejuk dan berdepan dengan risiko seperti jatuh atau sesat semasa mendaki.
Begitu juga dalam kehidupan seharian.. Tidak mungkin seseorang itu hidup tanpa menempuh dugaan. Walaupun dugaan selalunya sukar dan pahit, tetapi kesukaran dan kepahitanlah yang menjadikan kita seorang yang kuat, sabar, tabah dan bijak. Saya teringat, kalau di sekolah, kadang2 cikgu suka bagi pengiktirafan pada pelajar2 menggunakan sistem STAR.. Begitu jugalah Allah. Dia akan uji hamba2-Nya mengikut tahap kemampuan mereka.
Maksudnya, kalau kita menempuh dugaan yang berat, memang kita BOLEH pikul beban tersebut. Allah bagi dugaan untuk melihat apakah yang kita akan pilih: KEJAYAAN atau KEGAGALAN. Cuma kita saja yang selalu mahu berputus asa kerana rasa tak mampu, padahal Tuhan dah CONFIDENT kita mampu. Jadi, bila hati kita sudah kata TAK BOLEH, maka tak dapatlah kita harungi dugaan tu dengan jayanya...
So, kawan2 ku yang tersayang, never give up! Setiap dugaan/masalah tu, ada hikmahnya, insya-Allah. Hanya Allah yang tahu apakah semua hikmah2 tersebut, kita tahu sikit sangat, itu pun kalau kita faham bahawa dugaan tu baik untuk kita. :-)
Melihat kabus pagi dan mega yang menjulang tinggi mengingatkan ku kepada keagungan Pencipta ku. Segala urusan hidupku, aku bersyukur kerana Engkau selalu permudahkan. Terima Kasih Tuhan. Sememangnya ucapan terima kasih ini tidak memadai, namun menyedari begitu banyaknya kelemahan ku, Kau tetap mengurniakan aku dengan bermacam-macam kurnia dan hikmah, aku bersyukur kepada Mu, Tuhan Pencipta dan Penguasa seluruh alam.
Ahad, 9 Mei 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Ingin dapatkan supplement Shaklee yang sesuai untuk keluarga anda?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Eim Ag untuk:-
FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Eim Ag
Shaklee ID : 1167951
013-8833739 (SMS, Call, Whatsapp)
3 ulasan:
thanx for the post tcer <3 ..
it inspire me a lot (^_^).
mmg betul tu depends on seseorg utk kata BOLEH @ TAK BOLEH kn.. i still learn to say BOLEH all the time.. but sometimes it turns to TAK BOLEH for some reason..
Hehehe.. ur welcome shima..
ya memg bgtu la kta sbgai mnusia memg byk cabaran. one moment kta rasa BOLEH, then another moment sdh jd TAK BOLEH hooooo... hehehe... but itu smua pn 1 perjalanan.. so don't pressure urself tooooo much.. tp jgn langsung xda pressure.. good pressure actually moves us ;-)
plus... saya belum pnah naik gunung kinabalu hehehe... tapi saya dapatkn cerita dari kawan2 tntg pglaman mereka mendaki gunung tu ;-)
Catat Ulasan