Yah! Kadang2 kita mau lari dari semua masalah yang membelenggu diri kita, kan. Mungkin kerana kita rasa tidak mampu hendak berdepan dengan masalah2 tu, atau kerana kita memerlukan masa dan ruang untuk diri sendiri - agar dapat mencari penyelesaian kepada masalah2 tu, atau saja kita mahu menenangkan fikiran.. kan?
Ada masanya kita tidak jumpa pun penyelesaian yang kita inginkan, lalu kita pasrah dan menyerahkan segala2nya kepada Allah.. Dan berharap dapat menemui hikmah di sebalik segala ujian yang harus kita tempuh selagi hayat dikandung badan.
Hmmm.. hendak menyelesaikan masalah atau mencari ketenangan, mungkin berlainan caranya bagi setiap individu. Cara saya mungkin tidak sama dengan cara kawan2. Apa yang penting, apabila mencari penyelesaian, janganlah tergelincir dari landasan agama. Jangan berputus asa sampai mengambil keputusan untuk tidak mahu hidup lagi atau apa2 jua tindakan yang membahayakan diri. Memang rugilah kalau mengambil keputusan yang sebegitu, kerana sebenarnya semua masalah dan ujian yang kita tempuh tu adalah untuk menjadikan kita lebih kuat semangat menghadapi cabaran2 masa hadapan.
Tidak salah kalau kita share masalah kita dengan sesiapa pun yang kita percaya dan dia sanggup mendengar masalah kita. Lebih best lagi, kita adukanlah kepada Allah. Mintalah dengan bersungguh2 kepada-Nya agar kita diberi penyelesaian dan dipermudahkan segala hal, dikurniakan bantuan dan ketenangan menghadapi cabaran2 dalam hidup seharian.
So! Never give up! Jangan berputus asa!
Melihat kabus pagi dan mega yang menjulang tinggi mengingatkan ku kepada keagungan Pencipta ku. Segala urusan hidupku, aku bersyukur kerana Engkau selalu permudahkan. Terima Kasih Tuhan. Sememangnya ucapan terima kasih ini tidak memadai, namun menyedari begitu banyaknya kelemahan ku, Kau tetap mengurniakan aku dengan bermacam-macam kurnia dan hikmah, aku bersyukur kepada Mu, Tuhan Pencipta dan Penguasa seluruh alam.
Ahad, 9 Mei 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Ingin dapatkan supplement Shaklee yang sesuai untuk keluarga anda?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Eim Ag untuk:-
FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Eim Ag
Shaklee ID : 1167951
013-8833739 (SMS, Call, Whatsapp)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan