Memanglah kan, apabila kita mengambil keputusan untuk melaksanakan sesuatu, bermacam2 dugaan yang datang. Lumrah hidup manusia, mana pernah sunyi daripada ujian dan cabaran. Oooh TEKAD dan SEMANGAT.. mana korang???
Hehe..Saya suka menonton cerita-cerita Jepun sama ada yang berbentuk animasi atau pun drama.. termasuklah cerita Ultraman, Doraemon dan Ninja Boys hahahaha... Memang hobi saya dari kecil suka tengok kartun. Macam2 idea kreatif yang boleh ditemui, malah idea2 "di luar kotak" pemikiran manusia biasa sememangnya amat banyak terdapat dalam animasi2 tersebut. Selalunya, kita tidak ada atau amat kurang menggunakan cara yang kreatif atau "di luar kotak" bila nak menyelesaikan sesuatu masalah atau pabila berdepan dengan sesuatu cabaran.. Saya pun macam tu juga ;-)
Kalaulah kita ni macam Doraemon, agaknya banyak masalah yang kita boleh selesaikan, kan... Tapi tak semestinya juga, sebabnya, tengok saja Nobita. Macam2 benda dan alat yang Doraemon bagi, pun selalu juga dia menghadapi masalah kerana kecuaian sendiri atau kerana sikap hendak menunjuk2, hehe.. Tapi sekali sekala tu, Nobita menang juga dan berjaya menyelesaikan masalahnya, tapi sekali sekala lah. Most of the time, berkala-kala lah dia dilanda masalah demi masalah, hehehe..
Macam manusia sebenar juga, kan haha.. Sekali sekala kalau layan kartun ni, dapat juga relax sikit and release tension. Baru saya teringat. Dulu, masa saya rasa diri masih muda (haha!), kadang2 saya akan menghabiskan masa melakar atau melukis pemandangan, benda dan sebagainya. Wah! Lama tidak melakar atau melukis, rasa rindu pula. Saya tidaklah pandai sangat melakar atau melukis, sederhana saja berbanding orang lain yang lebih hebat dalam bidang tu. Tapi saya lakukan aktiviti melakar atau melukis ni, selalunya bila saya ada masa lapang, atau ketika hendak mencari ketenangan sambil menikmati pemandangan.
Pengajaran? Well, kadang2 bila kita dilanda masalah dan diduga cabaran hidup yang amat hebat, memang kita akan hilang punca; apa yang harus kita lakukan. Maybe what we should do is, STOP thinking for a while. Duduk diam, hayati alam anugerah Tuhan, alam yang ada di sekitar kita. Buatlah sesuatu yang menenangkan fikiran; melukis, melakar, melihat pemandangan, mengambil gambar, berjalan2 sambil bersiar2.. asalkan semuanya menenangkan. Lagi best, sambil kita melakukan aktiviti tu, kita menghayati keagungan Tuhan dan Kekuasaan-Nya menciptakan semua yang ada di sekeliling kita.
Ini bukan melarikan diri, tapi merehatkan diri buat seketika. Otak dan minda kita pun sudah kusut, kalau nak juga berfikir lagi, belum tentu buah fikiran yang kita dapat adalah yang terbaik, kan. So, kawan2 rilek2 sekejap.. Emmmm... layan kartu dulu ya, ;-D
Tiada ulasan:
Catat Ulasan