~Hidup tanpa matlamat, memang hidup yang sia-sia. Seolah-olah tiada apa2 yang ingin dicapai dalam hidup ini dan tiada pula keinginan untuk memajukan diri. Hidup sebegini tiada pendirian dan nilai, hanya membiarkan masa dan hayat berlalu pergi tanpa pengisian yang bermakna dan membanggakan. Sungguhlah merugikan.~
Garfield - kucing pemalas??? Hehe.. gambar ini saya petik dari laman blog http://budakcelaru.blogspot.com/2010/12/malas.html |
Begitulah bunyi status FB saya pagi ini. Sebenarnya lebih ditujukan kepada diri sendiri. Kenapa? Untuk menasihati diri bahawa ada kerja-kerja yang perlu saya laksanakan selain mengisi masa lapang dengan aktiviti online.
Hehe.. menyindir? Saya masih lagi bercakap tentang diri sendiri, tapi semestinya mungkin ada juga yang mengalami perkara yang agak serupa dengan saya, kan ;)
Doa ini saya petik dari laman blog http://idawanaziz.blogspot.com/2010/07/doa-menghindari-rasa-malas-dan.html |
Berusahalah mengatasi kemalasan diri. Jom buat kerja!!!
SO!! Minna san, GAMBATTE, ne! Fight-to! Oh!!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan