Enel, teman sparing no. 1 |
Pernahkah kau merasa bahagia melihat wajah anak mu atau anak-anak saudara mu kala mereka sedang tidur? Apakah perasaan mu melihat anak-anak riang berlari meluru ke arah mu kerana kau membawakan sesuatu buat mereka? :-)
Kebahagiaan seumpama itu, amat indah. Sukar digambarkan dengan kata-kata, hanya dengan mengalaminya dapat kita merasa sebenarnya untuk bahagia tidak semestinya memerlukan perkara-perkara yang rumit atau benda-benda yang mahal.
Jiha, teman sparing no. 2, dgn neneknya, my mom |
Saya selalu berkelahi dengan anak saudara saya hehehe... Dia memang suka buat saya menjerit, marah, geram dan macam-macam lagi. Tapi bila dia tidur di pangkuan, dunia sunyi jadi indah melihat si kecil ini terlelap lena tanpa perlu didodoi hehehe..
Begitu juga anak saudara ku yang perempuan. Suara nyaringnya boleh memekakkan telinga. Dia juga selalu menjadi teman "sparing" ku, hehehe.. Tapi, bila dia ku dodoi sehingga tidur, perasaan bahagia yang terlintas di hati ketika itu cukup membuat hati ku puas kerana menjadi sebahagian dari perkara yang menyenangkannya.
Selain itu, membawa pisang goreng untuk anak-anak didik tersayang.. Melihat mereka berlari meluru ke arah ku, hati ini berbunga bahagia kerana aku merasa amat rapat dengan mereka. Inilah yang ku inginkan sebagai seorang pendidik; menjadi sebahagian dari hidup mereka, mengetahui lebih mendalam lagi tentang diri mereka, menjadi seorang yang mereka boleh percaya, bersama-sama berusaha dengan mereka mencapai matlamat dan cita-cita.. Mereka berhak mendapatkan yang terbaik dari ku mengikut kemampuan ku.. Bukankah aku guru mereka.. :-)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan