Selasa, 30 November 2010

Bahagia Yang Mudah..

Enel, teman sparing no. 1
Pernahkah kau merasa bahagia melihat wajah anak mu atau anak-anak saudara mu kala mereka sedang tidur? Apakah perasaan mu melihat anak-anak riang berlari meluru ke arah mu kerana kau membawakan sesuatu buat mereka? :-)

Kebahagiaan seumpama itu, amat indah. Sukar digambarkan dengan kata-kata, hanya dengan mengalaminya dapat kita merasa sebenarnya untuk bahagia tidak semestinya memerlukan perkara-perkara yang rumit atau benda-benda yang mahal.

Jiha, teman sparing no. 2,
dgn neneknya, my mom
Saya selalu berkelahi dengan anak saudara saya hehehe... Dia memang suka buat saya menjerit, marah, geram dan macam-macam lagi. Tapi bila dia tidur di pangkuan, dunia sunyi jadi indah melihat si kecil ini terlelap lena tanpa perlu didodoi hehehe..

Begitu juga anak saudara ku yang perempuan. Suara nyaringnya boleh memekakkan telinga. Dia juga selalu menjadi teman "sparing" ku, hehehe.. Tapi, bila dia ku dodoi sehingga tidur, perasaan bahagia yang terlintas di hati ketika itu cukup membuat hati ku puas kerana menjadi sebahagian dari perkara yang menyenangkannya.

Selain itu, membawa pisang goreng untuk anak-anak didik tersayang.. Melihat mereka berlari meluru ke arah ku, hati ini berbunga bahagia kerana aku merasa amat rapat dengan mereka. Inilah yang ku inginkan sebagai seorang pendidik; menjadi sebahagian dari hidup mereka, mengetahui lebih mendalam lagi tentang diri mereka, menjadi seorang yang mereka boleh percaya, bersama-sama berusaha dengan mereka mencapai matlamat dan cita-cita.. Mereka berhak mendapatkan yang terbaik dari ku mengikut kemampuan ku.. Bukankah aku guru mereka.. :-)

Ahad, 28 November 2010

Walaupun pening, teruskan jua

 Taken from:
http://ezashoppe.blogspot.com/2010/04/foot-detoc-patch-offer.html
Ya, hari ini kepala ku sakit. Macam migrain. Fikir punya fikir kenapa la sakit kepala, baru teringat, semalam saya guna detox foot patch! Yaaaaa... every time buang toksin, hari pertama saya memang selalu sakit kepala. Alhamdulillah tengahari hilang, mandi dengan sabun tahan mengantuk aqura & syampu tudung aqura. Fuh! Lega...

So the 1st day of the the 1st 50 days; Phase 1. Kuatkan semangat! Ganbatte Kudasai!!! Cabaran hari pertama buang toksin, sakit kepala. mudah2an esok tidak terlalu pening, atau tidak akan pening. Detox ni pun untuk kesihatan juga. Boleh turunkan hBP, mengurangkan beban hati tempat paling banyak toksin berkumpul dalam badan.. So, kalau hati semakin berkurang toksin, boleh la hati tumpu pada fungsi-fungsi lain hehe.. Insya Allah..semakin sihat. Amiiiiin..

Sabtu, 27 November 2010

Permulaan Yang Berulang Berkali-Kali..

Gambar ini saya temui di laman web (x ingat web mana).
Tahun 2010 tinggal sebulan lebih saja lagi. Apa yang telah aku capai atau laksanakan sepanjang tahun ni.. Kadang2 kita rasa lost. Everytime rasa lost, patah balik ke titik asal.. So, we are at the beginning, always.. Saya bercakap pada diri sendiri, menasihati diri sendiri ketika ini (sudah selalu menasihatkan orang lain, so kali ini, nasihat diri sendiri).

Mestikah setiap kali pun patah balik ke starting point? Kalau macam tu, sampai bila2 pun tidak akan sampai ke destinasi.. YOSH!!! Bermula hari ini, slow macamana pun, usaha mesti diteruskan. Apa destinasi ku itu? Untuk memperbaiki diri. Insan memang terlalu banyak kelemahan. Jadi haruslah ada rasa sedar diri.. Sudah tahu kelemahan diri maka berusahalah memperbaikinya. Paling tidak pun, berdoa banyak2 setiap hari; pagi, tengahari, petang dan malam.. Berusahalah! GANBATTE KUDASAI!!! Ya Allah, aku mohon bantuan Mu..
Ingin dapatkan supplement Shaklee yang sesuai untuk keluarga anda?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Eim Ag untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Eim Ag
Shaklee ID : 1167951
013-8833739 (SMS, Call, Whatsapp)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...