Selasa, 1 Jun 2010

Sabar Sajalah..

Setiap yang kita usahakan, pasti ada balasannya, tidak kisahlah sama ada ianya pahala atau dosa, itu semua adalah bentuk2 balasan yang kita terima atas perbuatan kita. Cuma kadang2, tanpa memikirkan balasan, kita melakukan sesuatu bertujuan menolong orang lain dan diri sendiri tanpa menghiraukan apakah budi yang kita semai akan dibalas balik atau tidak oleh orang2 yang kita telah tolong. Kita juga berhadapan dengan tekanan2 lain dan kritikan2, pandangan2 serong orang2 lain kerana rela membantu, sedangkan mereka tidak faham keadaan sebenar sesuatu perkara itu berlaku. Lalu, apabila kita tertekan.. dan sebahagian tekanan itu pula berpunca dari orang2 yang telah kita tolong, ada kalanya membuatkan kita rasa "down".

Ya, kita rasa hilang semangat untuk memikirkan tentang hidup, tentang apa yang kita bakal lakukan, perancangan yang kita buat dan sebagainya. Kita rasa seolah2 mahu menutup saja mata, telinga dan hati kita daripada mengambil tahu tentang mereka. Kita seperti terlalu penat untuk menghadapi pelbagai dugaan yang kita tempuh dalam kehidupan seharian.

Ke mana kita hendak mengadu sedangkan orang2 lain belum tentu faham dengan keadaan diri kita, kan... It's alright if we feel like this once in a while. Sekali sekala kita akan menempuh keadaan yang sebegini. Ada sesetengah orang pula, sentiasa dirundung malang, maka jika kita cuma sekali sekala menghadapi keadaan ini, kita masih bertuah sebenarnya. Ini kerana, ada orang lain yang lebih malang hidupnya berbanding kita. Mungkin tidak adil mengatakan demikian, tetapi saya yakin, orang2 yang tabah dengan keadaannya yang sentiasa dirundung malang, sebenarnya ibarat sedang menabung duit yang takkan dikeluarkan sekarang, tetapi akan dinikmatinya di akhirat nanti... banyak tuuuuuuuuuuuu :-)

Oleh itu, malang macam mana pun yang menimpa kita, bersabarlah. Mengadulah kepada Allah Tuhan Semesta Alam. Dia Maha Mendengar keluhan hamba2-Nya... Aku adukan kepada-Mu ya Allah, segala masalah dan keluhan ku. Ku harap Dikau lapangkanlah dada ini berdepan cabaran yang telah Engkau tentukan buat ku, dan jadikanlah aku hamba-Mu yang Engkau cintai, di dunia dan di akhirat... Amin.

(Gambar2 adalah pautan dari hasil Google Search.. Thank you)

Tiada ulasan:

Ingin dapatkan supplement Shaklee yang sesuai untuk keluarga anda?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Eim Ag untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Eim Ag
Shaklee ID : 1167951
013-8833739 (SMS, Call, Whatsapp)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...