Khamis, 10 Jun 2010

Cerita Di Kebun Getah 1

Merasa juga la turun ke kebun, walaupun sekali saja. Time2 cuti sekolah ni saja la dapat buat tu. Kesian adikku. Last week, kakinya disengat lipan besar warna merah gelap! Masa tu dia di kebun getah tu la.. dia ada bercerita, bila kena sengat tu, memang sakit, tiba2 datang rama2 putih-kuning dan hinggap di jari kaki yang kena sengat tu! MasyaAllah! Tak tahulah kenapa tapi saya rasa... mungkin Allah datangkan makhluk-Nya untuk membantu mengurangkan kesan sengatan lipan tu kot.

Pelik? Mustahil? NO. Bagi saya tidak mustahil. Kenapa? Tengoklah sekeliling kita betapa banyaknya ciptaan Tuhan Yang Maha Esa, tidak terkira banyaknya tau. Maka, kejadian macam yang adik saya lalui, pun tidak mustahil saya simpulkan sebagai bantuan dari Allah yang didatangkan melalui makhluk-Nya. Kan sentiasa berlaku, ketika kita sedang memerlukan pertolongan, tiba-tiba pertolongan tu datang dalam bentuk bantuan dari orang ramai, mahu pun dari orang perseorangan. Hmmmm... sakit tu sebenarnya disengat lipan macam tu.... Lipanbara kot! Merah kan warnanya.

Adik saya pulang ke rumah terasa sakit, tapi masih boleh drive kereta lagi. Jari kaki yang kena sengat tu sebelah kanan pula tu, jari kedua hujung, alah jari manis! Tu kaki tu kena tekal oil pedal untuk drive kereta
lagi, memang sakit tu. Alhamdulillah dia sampai ke rumah dengan selamat. Alhamdulillah juga Allah tolong dia masa kena sengat tu. Terima kasihlah kepada rama-rama tu :-)

Lama ka sakit adik saya? Tidak juga.. dalam 20 minit dia sampai ke rumah, saya dan isterinya tolong bersihkan kakinya n cuci dengan sabun tahan mengantuk + syampu tudung Aqura. Letak Illasam sikit. Dalam tempoh sejam, sakitnya sudah mula hilang. Wah! Alhamdulillah... Hebat! Kalau ikutkan, sakit disengat tu memang lama baru hilang, macam juga disengat lebah. Alhamdulillah.. Nanti sambung lagi cerita di kebun getah.. ;-)

(Gambar di atas adalah gambar kebun getah, Felda Awah, dari laman blog: http://pasfeldaawah.blogspot.com/2010/01/harga-getah-naik-tidur-malam-di-kebun.html )

Selasa, 1 Jun 2010

Sabar Sajalah..

Setiap yang kita usahakan, pasti ada balasannya, tidak kisahlah sama ada ianya pahala atau dosa, itu semua adalah bentuk2 balasan yang kita terima atas perbuatan kita. Cuma kadang2, tanpa memikirkan balasan, kita melakukan sesuatu bertujuan menolong orang lain dan diri sendiri tanpa menghiraukan apakah budi yang kita semai akan dibalas balik atau tidak oleh orang2 yang kita telah tolong. Kita juga berhadapan dengan tekanan2 lain dan kritikan2, pandangan2 serong orang2 lain kerana rela membantu, sedangkan mereka tidak faham keadaan sebenar sesuatu perkara itu berlaku. Lalu, apabila kita tertekan.. dan sebahagian tekanan itu pula berpunca dari orang2 yang telah kita tolong, ada kalanya membuatkan kita rasa "down".

Ya, kita rasa hilang semangat untuk memikirkan tentang hidup, tentang apa yang kita bakal lakukan, perancangan yang kita buat dan sebagainya. Kita rasa seolah2 mahu menutup saja mata, telinga dan hati kita daripada mengambil tahu tentang mereka. Kita seperti terlalu penat untuk menghadapi pelbagai dugaan yang kita tempuh dalam kehidupan seharian.

Ke mana kita hendak mengadu sedangkan orang2 lain belum tentu faham dengan keadaan diri kita, kan... It's alright if we feel like this once in a while. Sekali sekala kita akan menempuh keadaan yang sebegini. Ada sesetengah orang pula, sentiasa dirundung malang, maka jika kita cuma sekali sekala menghadapi keadaan ini, kita masih bertuah sebenarnya. Ini kerana, ada orang lain yang lebih malang hidupnya berbanding kita. Mungkin tidak adil mengatakan demikian, tetapi saya yakin, orang2 yang tabah dengan keadaannya yang sentiasa dirundung malang, sebenarnya ibarat sedang menabung duit yang takkan dikeluarkan sekarang, tetapi akan dinikmatinya di akhirat nanti... banyak tuuuuuuuuuuuu :-)

Oleh itu, malang macam mana pun yang menimpa kita, bersabarlah. Mengadulah kepada Allah Tuhan Semesta Alam. Dia Maha Mendengar keluhan hamba2-Nya... Aku adukan kepada-Mu ya Allah, segala masalah dan keluhan ku. Ku harap Dikau lapangkanlah dada ini berdepan cabaran yang telah Engkau tentukan buat ku, dan jadikanlah aku hamba-Mu yang Engkau cintai, di dunia dan di akhirat... Amin.

(Gambar2 adalah pautan dari hasil Google Search.. Thank you)
Ingin dapatkan supplement Shaklee yang sesuai untuk keluarga anda?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Eim Ag untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Eim Ag
Shaklee ID : 1167951
013-8833739 (SMS, Call, Whatsapp)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...