Isnin, 31 Mei 2010

My Online Biz!

Excited sebab ada order sabun dari kawan2, so I decided to promo my biz online hehe..

My friends, kalau berminat dengan Prepaid Biz, jom join biz ni, buat part-time income. At least kalau tidak jadi biz pun, senang reload kredit handphone sendiri, tidak perlu pergi ke kedai untuk beli reload. Kalau ada emergency baru mahu cari reload shop, payah juga kan. Pada rakan2 suri rumah, upline saya seorang suri rumah yang berjaya buat biz ni, at least ada la RM3000++ sebulan. Wow! Suri rumah tuuuuu...



Selain tu, saya juga ada jual Sabun Tahan Mengantuk Aqura dan Aqura Syampu Tudung. Ramai yang mahu tahu berkesan atau tidak sabun dan syampu ni. Yup! Memang berkesan, malah banyak manfaat lain yang didapati apabila menggunakan sabun dan syampu ni. Contoh2 manfaat tu adalah:


  • Mengurangkan rasa mengantuk
  • Meningkatkan metabolisme tubuh dan sentiasa rasa bertenaga
  • Menghilangkan jerawat (secara perlahan2 - memang betul ni)
  • Menghilangkan gatal2 kulit & kulit kepala
  • Melembut, menghalus, melembap dan mencerahkan kulit secara semula jadi, bukan pengelupasan
  • Mengurangkan migrain, stress dan tension (haha! betul ni!)
  • Mengurangkan masalah resdung
  • Mempercepatkan penyembuhan luka2 kecil
  • Macam2 lagi..
Kalau mahu lebih info dan TESTIMONI, lawati blog Aqura-Ku. Klik saja di sini. Tempahan juga boleh dibuat terus di blog tersebut, atau emel saya di excel.ideas@gmail.com atau mesej ke inbox Facebook saya Naimah Abd Ghani. 

Khamis, 27 Mei 2010

Cuti Sekolah!!!


Yeeeaaayyyyyy!!!! It's school holiday!!!.. Best nya dapat bercuti lama!!! wah! Mesti semua guru dan students SEMEKEB menantikan saat2 ni.. Tapi kenapa saya rasa macam there is something amiss.. Macam I lost or missed something. I think I do like school holiday, but why do I feel that I left my heart in school??? Uwwaaaaaa... will miss the school and everyone there.
Hmmm.. so, what will I do during this holiday? Hmmm.. Beberapa orang kawan ajak ke Kundasang, ada pula juga yang ajak ke pulau, waduh! Tidak tahu mana satu mahu pergi ni. Pada masa yang sama, I have some important things to attend to, very important in deed..

I put some pictures of SEMEKEB and the people there.. Harap kamurang jangan marah ya, but enjoy! :-)


Aaaahhhhh... how come I miss the school and its people so much, it's just the start of the holiday. Hmmmm... perasaan ni mengingatkan saya pada suatu ketika saya bertugas di SMT Labuan. Saya pernah mengalami perasaan seperti ini, bila murid2 tersayang bakal meninggalkan sekolah kerana tamat SPM. Tapi, ini baru cuti pertengahan tahun! Maybe I am happy being in this school hmmm :-D


Oh! Bestnya dapat tengok and enjoy gambar2 yang diambil oleh warga Semekeb. Chot, Pala, Kim, Barry dan yang lain2, saya letak gambar2 ni di sini, harap ok, ya ;-)


Kreatif la jurufoto2 ni dan anak2 buahnya. Pandai budak2 ni buat pose ala2 drama Nur Kasih, artis, models dan gaya high school musical hahahahahaha! Kalau lah saya terer snap gambar2 mcm ni and then edit jadi macam gambar2 ni. Tapi apa2 pun, saya akan link lagi gambar2 yang berkaitan dengan Semekeb ni. Sekolah ni terletak kira2 10km dari bandar Keningau. Saya suka persekitarannya yang tenang dan tidak jam macam di bandar :-) The people are nice too. Mostly health conscious, which is good. Selalu saya diingatkan tentang menjaga kesihatan, alhamdulillah.


Ok! Have to attend to other things.. Hmmm.. Miss the school and my students..

Sukan Sekolah.

Siang tadi ada sesi latihan sukan dengan budak2 rumah sukan. 1st time dapat rumah sukan dengan warnanya dikaitkan dengan nama2 mobile telco, namely: maxis (hijau), celcom (biru), digi (kuning) & hotlink (merah). Teringat masa mesyuarat pemilihan AJK hari tu, budak2 datang ke mesyuarat buat lawak "cikgu, kami mau tukar simkad. boleh?" hahaha... pandai kamurang ya..

Bila berada dalam keadaan yang lively macam di padang, rasa release stress bekerja, hehe.. Dapat bergaul dengan rakan2 n murid2 tersayang, besssssssssttt! :-) Lagi pun sudah lama tidak turun padang. Macam rindu pula hehe.. Di padang, walaupun terasa bahang mentari menyebabkan berpeluh2, tapi keseronokan berada di sana dan melatih anak2 didik acara2 mereka, fuh! Hanya Tuhan saja yang tahu betapa best nya dapat turun padang :-)

Tengok lah gambar budak2 kecil sedang berlari ni, comel kan hehe.. Seronok tengok anak2 murid bertanding dalam sukan. Rasa gembira tengok mereka melakukan apa yang mereka suka lakukan dalam acara sukan. Semoga anda gembira bersukan my dear students!!! Hehe

Sukan sekolah akan diadakan selepas cuti sekolah pertengahan tahun ni, wah! Mesti banyak perkara yang nak dibuat ni nanti... Ooooppsss.. suddenly teringat.. ada kerja belum siap!!!! Yaaaayyyyy!!!! Gotta go!

Selasa, 25 Mei 2010

Biological Clock..

Something is wrong with my body clock... hmmmm.. have to fix it especially since the school holiday is coming.. don't want it to get worse.. nice pic of the clock though.. hmmmmm..

Sabtu, 22 Mei 2010

Marking..

Huhuhu... kena fokus mark paper my students dulu.. 1 class of EST students and another class of PM students. BI Paper, dah siap mark, alhamdulillah.. ksian budak2 ni, kena tolong diorang ni. ada saja soalan2 yang tak dijawab, huhu.. i have to do something to help them. tak boleh biarkan diorang dalam keadaan macam ni. mesti bantu diorang untuk dapatkan ilmu dan better grade..

Ni gambar ex-students 2008/2009. Last year, this class had 100% PASS IN ENGLISH SPM! Alhamdulillah... WOOOO! CONGRATS EVERYONE!

Rabu, 19 Mei 2010

HAPPI BIRTHDAY IKA!!!!


My dear niece Ika @ Wafiqah,


Today, you are 17 my dear. How sweet! Hehehe... that's why they call it sweet 17, haaaaaa.. On this wonderful day of yours, I wish you the best in everything you do. I pray that Allah will grant your wishes of obtaining success and happiness in this world and in the hereafter, amin.

With the coming of another birthday, it means that you are getting matured in every way and everyday of your life, and with that it also means having more wisdom ;-) I hope that we will be seeing you, Wafiy and your parents soon here. Please take care and have a very Happy Birthday!

Love,


Auntie Naimah
Muah!!! hehehe

Nota Buat Orang2 Yang Telah Melakukan Kejahatan Kepada Ku dan Rakan2 Ku

Jadi kau sangka dapat melunturkan semangat ku dengan kejahatan mu? Kau lemahkan semangat rakan2 ku, hingga mengganggu emosi dan ketenangan ku, apa kau fikir aku akan membiarkan kau bermaharaja lela sesuka hati mu? Apakah dengan menghancurkan kehidupan orang lain, kau akan dapat selama-lamanya menggelar dirimu yang maha berkuasa?

Sorry!!!! Yang Maha Berkuasa cuma Allah, dan Dia bukan syaitan seperti diri mu. Dia adalah Tuhan sekalian alam, yang akan menghukum mu dan sekutu2 mu kerana kejahatan dan kekejaman yang telah kamu lakukan, mencabut kebahagiaan orang lain agar nafsu mu puas menyaksikan kejatuhan dan kehancuran yang kononnya kamu dambakan. Kerana hasad dengki kamu mencipta sengketa di antara kita. Kerana kamu tidak tahan melihat kelebihan2 orang lain, kamu cemburu lalu kamu belit dirimu dengan syaitan durjana, kamu rela dilaknati demi mencapai hajatmu memusnahkan orang2 yang kamu tidak rela mereka jauh lebih baik dan hebat dari diri mu.

Kamulah yang akan jatuh dan hancur lantaran perkara2 batil yang telah kamu lakukan. Ingat! Tidak akan luntur semangat ku dan semangat rakan2 ku. Akan kami perangi kamu kerana Allah, kerana kekejaman kamu yang telah menghancurkan nyawa orang2 lain yang tidak berdosa. Allahu Akbar!!!

Ahad, 16 Mei 2010

Belajar Last Minute

This is for those yang akan menduduki exam tak lama lagi (ada yang request saya bagi TIPS study di saat2 akhir). So, mana2 yang anda rasa sesuai dan OK dengan your learning style, silakanlah cuba, ya!


1- Pastikan ada nota2 pendek, ringkas, padat dengan KEYWORDS (kata kunci). last2 minute ni, nota panjang2 buat pening saja. Sebab tu kalau anda jenis yang suka study last minute, baca nota2 pendek dan personal yang anda sendiri sediakan.
2- Bila baca nota di saat akhir, jangan hafal saja. FIKIR dan BAYANGKAN apa yang anda baca. Lagi baik kalau anda kreatif, kaitkan apa yang anda fahami dengan perkara2 seharian baik yang lucu, sedih dan sebagainya.
3- Jawab soalan2 exam semester2 lepas atau tahun2 lepas. Mesti akan nampak banyak soalan2 yang berulang. Dah jawab, jangan pula tak check jawapan anda tu. Macam mana mau tahu jawapan tu betul ka tidak kalau tak check. Gunakan bahan rujukan, buku teks mahu pun nota untuk check jawapan2 tu.
4- Pastikan CUKUP TIDUR. Tidur penting untuk membantu badan kita baikpulih apa2 kerosakan sel dan sakit yang kita alami. Kalau tidak cukup tidur, alamak dik, otak pun jadi lembap la nak proses info dan ilmu.
5- Minum air secukupnya, minimum 8 gelas sehari. Kalau tidak cukup, nanti badan dan otak jadi lesu, kena time2 exam, memang malang laaaa... study berjam2, tapi tak berapa masuk, rugi2..
6- Selalunya, guru2 atau pensyarah2 selalu bagi tips akhir atau bahagian mana yang patut diberi penekanan.. IKUTLAH kata guru atau pensyarah tu..
7- Usaha sudah.. DOA? TAWAKAL?.. Mesti ada, mesti ada, sebab kita merancang, Tuhan juga yang menentukan.
8- GROUP STUDY! Ni kalau mau jimat masa la. Buat perbincangan dalam kumpulan yang kecil. Buat juga pembahagian tugas setiap orang bincang tentang apa dan yang lain bagi tambahan input, masing2 ada giliran. Jangan melalut ke perkara lain sudah laaaa... tapi kalau melalut ada kaitan dan bertujuan supaya tidak terlalu stress, OK baaaa kalau kau.. hehehe
9- Learning should be FUN and INTERESTING! So, carilah cara yang boleh membuatkan apa yang anda pelajari tu amat seronok, dua ronok dan beronok ronok lah, hehehehe... what I mean is, you should like and be interested in what you are learning.
10- Bagi yang beragama Islam, buatlah solat istikharah. Minta pada Allah bagi laaaaa pembayang apa soalan2 yang bakal keluar hehehe.. Eh, tapi betul ni. Saya sudah pernah lakukan. Allah akan tunjukkan pada kita sama ada melalui mimpi atau gerak hati kita. Kalau melalui gerak hati, kita akan didorong untuk fokus pada sesuatu topik atau bahagian. Ini pengalaman saya sendiri laaa..
11- Mmmmm... apa lagi ya.. well, sudah penat study, otak bagi rehat juga laaaa.. Buatlah riadah ka, bersiar2 ka, apa2 yang bagus untuk kesihatan minda, jasmani, rohani dan hati kita.
12- Makan makanan mencerdaskan otak macam kismis ka, kurma ka, madu ka, AFTL xtragenius ka, jus tokguru ka, jus kurma madu ka.. Banyak produk yang seumpamanya di pasaran, tapi sebelum beli, baca penerangan dulu dan dapatkan info dari penjual. Jangan pakai bantaaaaiii saja, ya!

Mungkin ada lagi tips2 lain, tapi yang ini antara yang boleh dilakukan dalam aktiviti study, tak kisah la last minute ka, awal minute ka, tengah2 minute ka.. :-) Kalau betul2 mau dapatkan result yang baik dalam exam, CINTAILAH ILMU. Hehehe... Banyaaaaaaak kebaikannya ;-D

(Picture: Success 1 - Background pic, saya ucapkan TQ very much pada Wai :-D)

Khamis, 13 Mei 2010

Kita Semua Kerdil Saja..

Sengaja menjarakkan hari untuk buat posting di sini. Habis idea? Maybe.. tak juga hehehe.. cuma, bagi peluang orang lain baca nota2 yang saya tulis di sini. Kalau asyik post, tapi kawan2 tertinggal updates, tak guna juga. Sebab saya menulis dengan tujuan berkongsi pandangan dan maybe juga pengalaman hehehe..

Kita semua kerdil saja sebenarnya.. kenapa tiba2 saya letak topik post macam tu ya??? Oh ya! Selepas saya tengok gambar Nebula Kepala Kuda ni, saya tiba2 rasa emmmmm.... kerdil saja rupanya kita ni.. Tuhan jadikan alam ni punya lah luas, Glory Be To Allah!!!

Kawan2 tahukah berapa jarak sempadan alam ni kalau diukur dari planet bumi? Saya pun tak tahu, tapi ada juga saya baca tentang alam semesta ni dalam tulisan atau menonton dokumentari di tv yang mengatakan para saintis pun belum dapat memastikan jarak pinggir alam semesta ini, baik diameter kah, jejari kah, perimeter kah, apa2 lah.. maknanya.. infiniti la setakat ni, kan.. Dan untuk menjadikan alam ni, mestilah Tuhan tu Maha Hebat, kan. Kalau diikut teori sains la, letupan2 yang besar di angkasa ada yang menyebabkan kelahiran bintang2, kematian bintang2, black hole dan entah apa2 lagi istilah celestial bodies yang dikaji dan dinamakan oleh para saintis ni.. Kalau kita lah buat 1 letupan, gerenti hancur segala2. Tapi Allah pula bila menjadikan 1 letupan yang famousnya dipanggil The Big Bang, telah mencipta begitu banyak hidupan atau makhluk lain dan hukum-hakam alam semesta macam graviti, elektromagnet, nuclear fusion, fission, banyak lagi lah (makhluk tu maknanya yang dicipta la kan)... saya pun bukan terer sangat bab sains ni, malah bukan bekas pelajar sains pun huhu..

Kenapa saya ungkit perkara ni ya??..... Ooooo.. now I remember.. saya mau kaitkan dengan masalah seharian kita yang mungkin banyak yang kecil, tapi kerana kita mungkin berada dalam mood, situasi, lokasi dan bersama dengan orang2 yang menaikkan temper dan emosi kita, maka masalah kecil jadi besaaaaaarrr!!

Hehehe... biasa berlaku, kan? Well, I have experienced the same thing many times too. Namun, bila kita bandingkan konflik kita dengan kejadian alam semesta yang lebih complicated ni.. rupanya kerdil saja kita ni.. dan segala konflik kita sebenarnya boleh jadi hanyalah konflik yang boleh mengecil jika kita look at the big picture... in the end, banyak masalah yang kalau boleh kita ignore pun tidak apa. Maksud saya, problems yang kalau kita buat tidak tahu mungkin tidak menjejaskan atau memberikan apa2 kerugian pun kepada kita. So, kita save time tidak perlu pening2 fikir perkara remeh temeh. At the same time, we minimize our problems and could live a more peaceful life..

Tapi kalau memang dah kita ni jenis orang yang selalu dirundung malang, atau selalu mengalami pelbagai jenis masalah.. Terimalah hakikat, tu semua ujian ALlah. Mungkin kita kena ubah diri kita iaitu kelemahan kita dikurangkan dengan cara memperbaiki diri.. Doa pada Allah minta tolong agar kita dipermudahkan dalam segala urusan.

Huuuaaaarrgghhh... pen off dulu.. sambung lagi nanti tee hi hi hi...

Selasa, 11 Mei 2010

Sekali Lagi! Kuatkan Semangat Mu!... Apa? Kartun???

Memanglah kan, apabila kita mengambil keputusan untuk melaksanakan sesuatu, bermacam2 dugaan yang datang. Lumrah hidup manusia, mana pernah sunyi daripada ujian dan cabaran. Oooh TEKAD dan SEMANGAT.. mana korang???


Hehe..Saya suka menonton cerita-cerita Jepun sama ada yang berbentuk animasi atau pun drama.. termasuklah cerita Ultraman, Doraemon dan Ninja Boys hahahaha... Memang hobi saya dari kecil suka tengok kartun. Macam2 idea kreatif yang boleh ditemui, malah idea2 "di luar kotak" pemikiran manusia biasa sememangnya amat banyak terdapat dalam animasi2 tersebut. Selalunya, kita tidak ada atau amat kurang menggunakan cara yang kreatif atau "di luar kotak" bila nak menyelesaikan sesuatu masalah atau pabila berdepan dengan sesuatu cabaran.. Saya pun macam tu juga ;-)


Kalaulah kita ni macam Doraemon, agaknya banyak masalah yang kita boleh selesaikan, kan... Tapi tak semestinya juga, sebabnya, tengok saja Nobita. Macam2 benda dan alat yang Doraemon bagi, pun selalu juga dia menghadapi masalah kerana kecuaian sendiri atau kerana sikap hendak menunjuk2, hehe.. Tapi sekali sekala tu, Nobita menang juga dan berjaya menyelesaikan masalahnya, tapi sekali sekala lah. Most of the time, berkala-kala lah dia dilanda masalah demi masalah, hehehe..

Macam manusia sebenar juga, kan haha.. Sekali sekala kalau layan kartun ni, dapat juga relax sikit and release tension. Baru saya teringat. Dulu, masa saya rasa diri masih muda (haha!), kadang2 saya akan menghabiskan masa melakar atau melukis pemandangan, benda dan sebagainya. Wah! Lama tidak melakar atau melukis, rasa rindu pula. Saya tidaklah pandai sangat melakar atau melukis, sederhana saja berbanding orang lain yang lebih hebat dalam bidang tu. Tapi saya lakukan aktiviti melakar atau melukis ni, selalunya bila saya ada masa lapang, atau ketika hendak mencari ketenangan sambil menikmati pemandangan.


Pengajaran? Well, kadang2 bila kita dilanda masalah dan diduga cabaran hidup yang amat hebat, memang kita akan hilang punca; apa yang harus kita lakukan. Maybe what we should do is, STOP thinking for a while. Duduk diam, hayati alam anugerah Tuhan, alam yang ada di sekitar kita. Buatlah sesuatu yang menenangkan fikiran; melukis, melakar, melihat pemandangan, mengambil gambar, berjalan2 sambil bersiar2.. asalkan semuanya menenangkan. Lagi best, sambil kita melakukan aktiviti tu, kita menghayati keagungan Tuhan dan Kekuasaan-Nya menciptakan semua yang ada di sekeliling kita.

Ini bukan melarikan diri, tapi merehatkan diri buat seketika. Otak dan minda kita pun sudah kusut, kalau nak juga berfikir lagi, belum tentu buah fikiran yang kita dapat adalah yang terbaik, kan. So, kawan2 rilek2 sekejap.. Emmmm... layan kartu dulu ya, ;-D

Isnin, 10 Mei 2010

Brrrrrr.....

Sejuk, sejuk, sejuuuuuuuuuuuuuuuuuuk.. hujan turun sejak jam 2 lebih petang tadi. Tinggal di kawasan pergunungan ni, memanglah kena berdepan dengan suasana sejuk macam ni. Tapi yang saya pi tidur on kipas no.2 tu tadi, apasal lah? Kan dah sejuuuuuuuuk hidung ni, sekarang dah berair.. Dah jadi resdung huhuhu..

Tapi mesti juga teruskan menulis, tidak boleh stop. I must motivate myself to write, since I have made a so called "pledge" with myself to start writing. Yalah, ni salah satu usaha saya menggarap kebolehan menulis walaupun mungkin usaha ini nampak sangat kecil dan bahasanya pun agak "pasar-style" hehehe..

Yang penting, gambate kudasai! Teruskan usaha, walau sekecil mana pun.

Thanks to Quya @ Shima for leaving your comment, ya. Memanglah hidup ini penuh dugaan, Quya. Kadang BOLEH, kadang TAK BOLEH. And like what you have said, it all depens on us whether to make it BOLEH or TAK BOLEH.

Hidup ini ibarat roda. Mesti kawan2 biasa dengar kan kata-kata tu. Dan memang betul pun, kadang2 kita berada di atas - kita gembira, seronok, kadang2 boleh lupa diri. Dan ada masanya pula kita di bawah - kita sedih, sugul, muka monyok dan perasaan2 yang seangkatan dengannya.

Walaupun kita mungkin tidak dapat menduga apa yang bakal menduga kita, selain membuat persediaan terhadap perkara2 luar jangkaan, kita harus banyak2an bersabar dan redha dengan ketentuan-Nya. Dalam pada kita redha dan sabar pula, mungkin kita boleh usahakan sesuatu bagi mengatasi masalah atau keadaan yang kita hadapi tu dan jangan lupa berdoa. Jadi, kita REDHA+SABAR+IKHTIAR+DOA bila berhadapan dengan kesulitan.

Macam juga keadaan saya dengan hidung saya ketika ini. Tidak boleh dibiarkan hidung ni terus2an berair. Kena pi makan madu yang ada habbatus-sawda (Mahabbah) ni, hehe.. dan letak something to ease the running nose, huhu..

Eh, lupalah.. Gambar atas nun saya ambil ketika dalam perjalanan dari Tambunan ke KK. Background: lembah yang memperlihatkan perkampungan Sunsuron, kalau tidak silaplah hehe.. MAJESTIC!

Ahad, 9 Mei 2010

Kenapa Mahu Lari?

Yah! Kadang2 kita mau lari dari semua masalah yang membelenggu diri kita, kan. Mungkin kerana kita rasa tidak mampu hendak berdepan dengan masalah2 tu, atau kerana kita memerlukan masa dan ruang untuk diri sendiri - agar dapat mencari penyelesaian kepada masalah2 tu, atau saja kita mahu menenangkan fikiran.. kan?

Ada masanya kita tidak jumpa pun penyelesaian yang kita inginkan, lalu kita pasrah dan menyerahkan segala2nya kepada Allah.. Dan berharap dapat menemui hikmah di sebalik segala ujian yang harus kita tempuh selagi hayat dikandung badan.

Hmmm.. hendak menyelesaikan masalah atau mencari ketenangan, mungkin berlainan caranya bagi setiap individu. Cara saya mungkin tidak sama dengan cara kawan2. Apa yang penting, apabila mencari penyelesaian, janganlah tergelincir dari landasan agama. Jangan berputus asa sampai mengambil keputusan untuk tidak mahu hidup lagi atau apa2 jua tindakan yang membahayakan diri. Memang rugilah kalau mengambil keputusan yang sebegitu, kerana sebenarnya semua masalah dan ujian yang kita tempuh tu adalah untuk menjadikan kita lebih kuat semangat menghadapi cabaran2 masa hadapan.

Tidak salah kalau kita share masalah kita dengan sesiapa pun yang kita percaya dan dia sanggup mendengar masalah kita. Lebih best lagi, kita adukanlah kepada Allah. Mintalah dengan bersungguh2 kepada-Nya agar kita diberi penyelesaian dan dipermudahkan segala hal, dikurniakan bantuan dan ketenangan menghadapi cabaran2 dalam hidup seharian.

So! Never give up! Jangan berputus asa!

Kebangkitan!

Saya rasa terpanggil untuk melayari internet malam ni.. walhal mata sepatutnya sudah pejam. Bila buka FB, oh, rupanya ada "a-call-for-help". Hmmm.. Ada beberapa orang kawan yang mengalami masalah motivasi dan semangat yang luntur kerana masalah2 masing2..

Jadi, saya tujukan tulisan ini khas buat siapa2 jua yang memerlukan motivasi dan mahu menaikkan semangat diri. Saya bukanlah seorang pakar motivasi, penceramah hebat mahu pun penulis terulung dalam bidang menaikkan semangat orang, tapi tiada salahnya kita memberikan walau sedikit kata2 semangat yang mungkin boleh menaikkan semula motivasi diri orang lain, kan.

Cuba lihat gunung kinabalu tu.. kalau kita duduk memandangnya selepas subuh, memang akan terasa suatu perasaan tenteram dan asyik akan gunung, kan. Ramai juga orang yang menjadikannya sebagai sumber inspirasi dalam hidup. Betapa tinggi gunung kinabalu ni, wahai kawan2. Perasaan melihatnya dari tempat2 yang berbeza adalah tidak sama. Apatah lagi bagi orang2 yang pernah mendaki gunung ini, berada di puncak adalah jauh lebih hebat dari melihatnya dari jauh atau dari kaki gunung tu.

Hanya orang2 yang pernah mendakinya sahaja yang tahu perasaan hebatnya berasa di puncak sana. Sepanjang pendakian, sudah pasti ada bermacam dugaan. Untuk mendaki gunung kinabalu, tubuh badan harus fit, perlu siap dengan kelengkapan mendaki, latihan yang mantap dan mental yang kuat. Sebenarnya, kekuatan mental lah yang memacu diri supaya terus mendaki walaupun dalam keadaan yang letih, cuaca yang sejuk dan berdepan dengan risiko seperti jatuh atau sesat semasa mendaki.

Begitu juga dalam kehidupan seharian.. Tidak mungkin seseorang itu hidup tanpa menempuh dugaan. Walaupun dugaan selalunya sukar dan pahit, tetapi kesukaran dan kepahitanlah yang menjadikan kita seorang yang kuat, sabar, tabah dan bijak. Saya teringat, kalau di sekolah, kadang2 cikgu suka bagi pengiktirafan pada pelajar2 menggunakan sistem STAR.. Begitu jugalah Allah. Dia akan uji hamba2-Nya mengikut tahap kemampuan mereka.

Maksudnya, kalau kita menempuh dugaan yang berat, memang kita BOLEH pikul beban tersebut. Allah bagi dugaan untuk melihat apakah yang kita akan pilih: KEJAYAAN atau KEGAGALAN. Cuma kita saja yang selalu mahu berputus asa kerana rasa tak mampu, padahal Tuhan dah CONFIDENT kita mampu. Jadi, bila hati kita sudah kata TAK BOLEH, maka tak dapatlah kita harungi dugaan tu dengan jayanya...

So, kawan2 ku yang tersayang, never give up! Setiap dugaan/masalah tu, ada hikmahnya, insya-Allah. Hanya Allah yang tahu apakah semua hikmah2 tersebut, kita tahu sikit sangat, itu pun kalau kita faham bahawa dugaan tu baik untuk kita. :-)

Sabtu, 8 Mei 2010

Hari Ibu, Bluebells n Dr Alya Zara

Huaaaaarrgghh!!! Brrrr... walaupun sudah breakfast dan kemas tempat tidur, perasaan mengantuk masih bersarang lagi di kepala dan seluruh jiwa ku.. huhuhu... Hmmm... Hari ni kan Hari Ibu!! Have to make a wish then..

Buat my mother, Mama, HAPPY MOTHER'S DAY!!! Menjadi ibu kepada saya dan kami adik beradik memanglah bukan sesuatu yang mudah, dan kami amat menghargai Mama. For more than 35 years, we have learned so much from you. You have been our strong backbone and because of you and Bapa, we all managed to finish our tertiary education. We haven't been that good a child to you, but we hope and pray that Allah will always shower His Mercy and Blessings towards you and Bapa, amin.


To Kosmah and Lizawati, and to all relatives and friends who are mothers, HAPPY MOTHER'S DAY!!! Menjadi ibu adalah sesuatu yang bukan semua orang dapat lakukan dengan mudah tanpa melalui pelbagai dugaan. Raikanlah hari ini.. Hari anda :-)

This one is for Julie Ezwin a.k.a Dr Alya Zara. Thank you very much for making me see things about myself which I haven't seen before.. :-) and happy mother's day to you. I like your new look ;-)

Dalam gambar ni, Dr Alya dikelilingi bunga-bunga kecil, comel, cantik dipanggil Blubell. Kalau tengok dekat-dekat memang macam loceng, kan. Cantiknya bunga-bunga ni... haaaaiiii... Background pula pokok2 yang daun-daunnya berwarna hijau, coklat, aduh! Sejuk mata memandang.

If I'm not mistaken, Dr kata dia ambil gambar ni di Royal Holloway, University of London. Wah! Teringin nak tengok kotaraya London ni. Bilalah agaknya dapat ke sana, ya.. hmmm.. Kalau ingin kenal Dr ni, scroll ke bawah blog saya, ada saya letakkan link ke blog Dr. :-)

About studying there, Dr, insyaAllah, i'll give it a thought. For now, I'm having the option open. I don't know but I suddenly find it interesting, hehe.. Who knows, it might just be the right thing to do, that is, to  further study.

Khamis, 6 Mei 2010

Setelah Berfikir Dengan Lebih Mendalam

Hmmmm.. menulis puisi sepenuhnya pun bkn 100% diriku.. setelah difikir2, ditilik2, ditelah2.. i have decided that i will write motivational n inspirational words. mgkin dlm bentuk yg pendek, x pnjg, well, as the beginning of my writing activity.. pdhal, sdh mula pun, ever since i started this blog of mine hehe..

i like expressing motivations, advices and ideas, so, i think that will be my starting point of writing a book. i don't think i will write a thick book tho.. i don't know yet if i am able to write at such a long length..

now.. have to plan 1st what things to write in my 1st book, :-)

Gmbr the bed of wild flowers d atas ni di ambil oleh Quya @ Nurashima, an ex-student from SMK Labuan. She used to be in the Labuan netball team, representing Labuan for the MSSM netball tournament. Katanya guna kamera sony T-60 saja, tp saya sgt2 suka gmbr yg diambil olehnya. Thx Shima for allowing me to save this photo and put it up on my blog. credit goes to u beb hehehe... maybe i'll write my first motivational words based on this pic :-)

Rabu, 5 Mei 2010

Cuaca Panas Jadi Sejuk..

Waduuuuuh!.. Memang panas cuaca tengahari tadi.. tapi sekarang dah sejuk, sebab hujan.. rasa segar la pula.. hehe.. anak2 sedara ku 2orang ni, tadi tidak pakai baju pun, berseluar dan pampers saja, ha ha.. so, hari yang panas sudah berubah menjadi sejuk... alhamdulillah... gambar ni, saya dapatkan dari laman ni:

http://www.vistawallpaper.org/vista-green-wallpapers/free-rainy-day-in-sunny-june-wallpaper/

Selasa, 4 Mei 2010

Terus Bertahan!

Bukan mudah mau melawan arus ni.. tp, usaha mesti dteruskan, dilipatgandakan. Sama ada suka atau tidak, oleh kerana sudah memilih laluan ini, maka mesti diteruskan. Janganlah dihirau pujuk rayukah, godaankah, tidak, tidak, tidak.. I'm already on the right track, so KUATKAN SEMANGAT! Gambate Kudasai!

Apa cerita sebenarnya ni? Hehehe.. biarlah rahsiaaa.. Harap, berilah sokongan moral dan doakan saja untuk terus kuatkan semangat dan berusaha.

Saya terfikir untuk menghasilkan tulisan.. tapi kalau tulis cerpen atau novel, tidak pandai la pula.. saya teringat dulu saya suka tulis puisi.. mungkin, saya patut hasilkan puisi macam dulu sewaktu umur masih muda, haha.. idea yang bagus ni..

Isnin, 3 Mei 2010

YES!!!

Walau sekadar satu intaian
kerana di hati ingin tahu
Cukup! Cukuplah sudah untuk
ku putuskan apa yang ada di fikiran ku

YES! Aku bisa lakukan
semestinya demikian kerana dulu
aku sudah pernah diuji
berkali-kali
dan aku tak pernah mahu menyerah kalah
apatah lagi berputus asa

Tuhanku menguji ku lagi
aku letakkan kepercayaanku kepada-Mu
sungguh Engkau lebih tahu apa yang terbaik
buat ku

Semua yang telah ku lalui
aku redha kerana Dikau yang lebih tahu
apa hikmah berselindung di balik semua itu
keakuran ku atas segalanya yang Kau tentukan
lagi membuat aku cinta pada-Mu

Terima kasih Tuhan ku
Terima kasih Cinta.

Ahad, 2 Mei 2010

Hai Paige!

Emmmm... Aaaaaachoooo!!!.. Brrr... ni lah, semlm tdur x pakai selimut, tau dah ni tempat sjuk, brrr... Aaaaachoooo!!! huhuhuhu... Hai Paige! morning with a cold.. TQ for visiting my blog ye. As a gift for u, gmbr bunga-bungaan ni utk Paige ya. Saya dptkn gmbr ni dr
http://www.freefoto.com/preview/12-13-4?ffid=12-13-4

Cntik kn bunga-bungaan ni.. Time2 flu ni, bgus tgok gmbr2 yg menenangkn hehe

Sabtu, 1 Mei 2010

Amazing!

Wow.. subhanallah! tgok gmbar Pulsar ni, memang hebat. bentuk mcm tangan, macam pmpuan sedang mencapai bintang pun ada. Yg biru terang bercahaya tu la yg dipanggil Pulsar. Title gambar ni adalah A PULSAR'S HAND. Gambar ni saya dptkn dari ASTRONOMY PICTURE OF THE DAY, memang ada saya letak di tepi sebelah bawah nun, scroll down a bit, anda pasti jumpa. Klu mau gambar2 dari angkasa lepas boleh dptkn di http://antwrp.gsfc.nasa.gov/apod/astropix.html

For the time being... layan gambar ni... Hebat nyaaaaaa Pencipta alam semesta..

Sesuatu Yang Interesting.. Hehehe

Saya dpt bnda ni dr FB, thanks to Shereen yg tagged saya n shared with me this short yet wonderful note. Sila lah baca ya, n enjoy! Shereen!!!! Mana hang??? 


thanks ya shereen for tagging me on FB the item above. this is shereen:

Suatu Tekad

Semlman bfikr.. dlm tdur pun boleh terkenang smpikn tdur pun x lena. x bleh jd ni. mst buat kptsan dgn pnuh keazaman. n bila sdh dilaksanakn, mst dgn tekad yg kukuh dan teguh.. smbil mbaca nota-nota pendek tntg kjyaan, tfikr: "it's my fault! i've made myself stuck with things that won't lead me to success!"

x ble jadi, x ble jadi ni... ni baru saja baca nota tntg success di
http://www.twincommas.com/stop-dreaming-and-start-building/comment-page-1#comment-199

Hari ni, no more excuses for myself to grab that ladder to success. CUKUPLAH SUDAH!

Try la, baca 21 suggestions for success di bawah ni.. fikrkn.. n laksanakn.. yup!


(picture from http://donstuff.wordpress.com/2008/11/01/ i hope u don't mind. thank u.)
Ingin dapatkan supplement Shaklee yang sesuai untuk keluarga anda?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Eim Ag untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Eim Ag
Shaklee ID : 1167951
013-8833739 (SMS, Call, Whatsapp)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...