Ahad, 25 Januari 2009

Perkara Tragis & Haru Sebagai Guru..

"Kalau sampai macam tu la stress nya jadi guru, eh takutnya saya!"

Itulah yang diluahkan oleh seorang kawan apabila melihat nasib seorang insan yang "hilang akal" dalam satu kejadian yang saya tidak mahu terangkan di sini bagi menjaga nama baik & maruah diri orang lain.

Pada hari yang "bersejarah" itu, insan tersebut telah tampil berkelakuan "agak kurang siuman" menyebabkan kekecohan dan keadaan haru-biru. Tapi ramai yang percaya, "tragedi" itu disebabkan tekanan yang sudah "over" dengan tugas2 yang banyak. Tapi hakikatnya, kita semua hanya boleh meneka dan terus meneka. Mungkin tekaan kita benar, mungkin juga kurang tepat.

Mungkin ada benarnya, beban tugas luar & dalam menyebabkan dirinya umpama spring, menunggu masa untuk melantunkan semua yang ditanggungnya, wallahu 'alam. Apa2 pun, pengajaran yang saya simpulkan buat diri sendiri: bekerja jangan sampai stress (huhu... sendiri sudah pernah kena high-blood pressure daaaa...). Ikhlaskan diri bekerja sebagai ibadah kepada Allah. Selain tu, tetapkan matlamat dan pecah2kan menjadi sasaran2 yang kecil & dibahagi2kan kepada ajk-ajk yang ada supaya sama2 mencapai kejayaan. :-)

Ya Allah, bimbinglah daku..

2 ulasan:

azlin m berkata...

memang sesiapa yg memilih utk menjadi guru orang yg berani ... aku pun pernah dengar ramai sdh guru jadi pesakit2 mental ... na'uzubillah ... iya lah ... bukan sj kita berdepan dgn pelajar yg mcm2 kerenah .. ibubapa, rakan2 sekerja, kerani2, bos2 hampir semua lapisan masyarakat ... kekuatan iman kena lah tinggi supaya apa pun yg datang kpd kita dpt ditangani dgn ketenangan ... di samping itu kita sesama guru ni kena selalu ingat-mengingati kan ... kena share tips & thoughts ... baru lah kepuasan bekerja kita dpt rasa kan kan kan ...

Kabus dan Mega berkata...

betul tu lin. bukan setakat iman perlu ditingkatkan, pendinding diri pun perlu. mohon pd Tuhan semoga dilindungi selalu. kita pun perlu juga sokongan umum. kerja kita mendidik. mau mendidik ni bukan senang. tanyalah mana2 mak bapa, betapa susahnya mengasuh anak2. kita ni macam mak bapa juga, cuma saja jumlah ank lebih ramai, anak2 pula tidak stay dengan kita 24jam. so, kita try our best to give the best within the given time constraint, kan. sbb tu usaha kita perlu disokong ramai org..

Ingin dapatkan supplement Shaklee yang sesuai untuk keluarga anda?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Eim Ag untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Eim Ag
Shaklee ID : 1167951
013-8833739 (SMS, Call, Whatsapp)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...