Isnin, 29 Disember 2008

Refleksi Kala Menyusuri Laluan KK-Tambunan

Assalamu alaikum & Salam Sejahtera..
Dalam hidup ini, banyak perkara dalam hidup yang kita nak capai. Banyak yang hendak dikejar. Tapi, kita perlu sesekali berhenti atau 'memperlahankan' kelajuan perjalanan kita ketika mengejar perkara2 tersebut demi memberi ruang kepada diri supaya kita dapat membuat muhasabah.

Ada antara kita yang sentiasa ditimpa masalah dan musibah silih berganti. Ada pula yang sentiasa dilimpahi kesenangan dan kebahagiaan seolah-olah ianya berpanjangan. Namun telah pernah beberapa kali saya melihat atau dikongsikan cerita tentang orang2 yang dahulunya hebat & kaya bertukar menjadi bukan sahaja papa kedana, tetapi menjadi tidak waras. Ada juga manusia2 yang saya temui, walaupun hidup susah tetapi masih merasai kebahagiaan walaupun tidak kekal lama. Bukankah hidup ini tidak ada yang kekal melainkan Dia.

Hidup ini pula acapkali kita harus membuat pertimbangan sebelum membuat pilihan yang 'tepat'. Namun, adakalanya, pilihan yang tepat, tetap membuat kita kecewa, menyesal atau sakit hati. Aku teringat dengan sajak yang dipelajari oleh murid2 ku: 'The Road Not Taken' yang ditulis oleh Robert Frost. dlm sajak tu, penyajak ada menyatakan keluahannya kerana tak dapat memilih kedua-dua 'jalan'. Hanya satu 'jalan' yang boleh dipilih untuk dilaluinya ketika sampai di 'sepohon pokok' yang membuatkan 'jalan' yang sedang dilaluinya 'terbahagi' dua. Setelah meneliti kedua2 'jalan', dia memutuskan untuk memilih 'jalan' yang kedua kerana 'keunikan' jalan tersebut yang agak jarang 'digunakan' orang.

Demikianlah hidup ini, apa pun pilihan kita, pasti ada baik dan buruknya. Positif dan negatif. Kelebihan dan kekurangan. Apa2 pun, terpulang pada diri masing2 hendak melihat dari sudut seorang pesimis atau optimis.

Tiada ulasan:

Ingin dapatkan supplement Shaklee yang sesuai untuk keluarga anda?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Eim Ag untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Eim Ag
Shaklee ID : 1167951
013-8833739 (SMS, Call, Whatsapp)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...