Jumaat, 26 Disember 2008

Lama tak menulis..

Everytime pun, memang lama nak update blog. Alhamdulillah, cuti sekolah ni, dapat juga update blog ni.

Hidup tidak selalu indah - ini antara ayat yang pernah saya ucapkan beberapa kali pada teman2 & sahabat2 yang berkongsi cerita suka duka dengan saya. Bagi saya, memang itu hakikatnya, hidup memang penuh dugaan.

Apabila kawan2 berkongsi duka mereka, selain berasa simpati, hanya ini antara ucapan yang mampu saya katakan kepada mereka. Mungkin juga kita akan berkata "sabarlah", tapi, lebih daripada itu, bukan mudah untuk menyenangkan hati orang yang dalam kedukaan.

Apa2 pun, hidup ini ada turun naiknya, ada pasang surutnya, ada masa kita berduka, namun duka itu pula tidak sepanjang masa. Kadang2, kita terlalu menyayangi sesuata benda atau material, namun hakikatnya, tiada apa yang kekal di dunia ini melainkan Allah, kan. Jadi, walaupun dalam keadaan berduka, percayalah bahawa dalam mendung pasti akan datang sinar cahaya, dalam duka pasti akan ada suka.

Bersabarlah. Kuatkanlah semangat apabila berhadapan cabaran, baik yang getir mahu pun yang kecil; apa yang boleh saya sarankan adalah cari jalan dan idea untuk mengatasi cabaran yang dihadapkan kepada kita. Cabaran2 itu sebenarnya menjadikan kita lebih kuat dan tabah dalam hidup. Janganlah berputus asa dan bersedih hati terlalu lama.

Bersabar & berusahalah!

Tiada ulasan:

Ingin dapatkan supplement Shaklee yang sesuai untuk keluarga anda?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Eim Ag untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Eim Ag
Shaklee ID : 1167951
013-8833739 (SMS, Call, Whatsapp)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...