Selasa, 7 Disember 2010

Malas...

~Hidup tanpa matlamat, memang hidup yang sia-sia. Seolah-olah tiada apa2 yang ingin dicapai dalam hidup ini dan tiada pula keinginan untuk memajukan diri. Hidup sebegini tiada pendirian dan nilai, hanya membiarkan masa dan hayat berlalu pergi tanpa pengisian yang bermakna dan membanggakan. Sungguhlah merugikan.~



Garfield - kucing pemalas??? Hehe.. gambar ini saya petik dari laman blog http://budakcelaru.blogspot.com/2010/12/malas.html 
Begitulah bunyi status FB saya pagi ini. Sebenarnya lebih ditujukan kepada diri sendiri. Kenapa? Untuk menasihati diri bahawa ada kerja-kerja yang perlu saya laksanakan selain mengisi masa lapang dengan aktiviti online.

Hehe.. menyindir? Saya masih lagi bercakap tentang diri sendiri, tapi semestinya mungkin ada juga yang mengalami perkara yang agak serupa dengan saya, kan ;)

Doa ini saya petik dari laman blog
http://idawanaziz.blogspot.com/2010/07/doa-menghindari-rasa-malas-dan.html 

Berusahalah mengatasi kemalasan diri. Jom buat kerja!!!

SO!! Minna san, GAMBATTE, ne! Fight-to! Oh!!!

Isnin, 6 Disember 2010

Tahun Baru Hijrah 1432H


Petang ini umat Islam akan menyambut Tahun Baru Hijrah 1432. Mungkin ada yang tercari-cari doa akhir tahun dan awal tahun hijrah ni. Jadi saya letakkan di sini doa-doa tersebut yang saya dapat ketika membuat carian di internet.



Doa akhir tahun ni dibaca 3x di hujung waktu asar sebelum masuk waktu maghrib.

Doa awal tahun pula juga dibaca 3x selepas solat maghrib.

Selamat berdoa, mudah-mudahan Allah makbulkan doa-doa kita, amin.
Ingin dapatkan supplement Shaklee yang sesuai untuk keluarga anda?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi Eim Ag untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
Eim Ag
Shaklee ID : 1167951
013-8833739 (SMS, Call, Whatsapp)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...